Ahad, 24 Februari 2013

Pulau Redang, Terengganu Malaysia.

30 April 2011 - 4 Mei 2011

Catatan pertama saya mulakan dengan Pulau Redang.  Ini adalah percutian pertama saya di mana dari A to Z saya yg buat sendiri (sebelum ni ikut org je.) Kawan-kawan tinggal bayar and follow sahaja. Saya memang menyimpan lama hasrat untuk ke Pulau Redang ini, kerana dari survey yang saya buat Pulau ini adalah antara yang paling cantik di Semenanjung Malaysia ini. Setelah booking tiket penerbangan AirAsia ke Kuala Terengganu saya mula mencari dan akhirnya bertemu dengan facebook (http://www.facebook.com/mnurulzaman) setelah perbincangan dengan Encik Nazir akhirnya sampailah saya ke Pulau Redang. Saya menginap selama 4 hari 3 malam di Redang Lagoon. Sepengetahuan saya inilah satu-satu resort yang di usahakan oleh orang melayu di pantai pasir panjang (Pantai paling cantik dan tumpuan pelancong). Nama tauke resort ni ialah aunty Fatimah. Bukan rasist tapi dari segi makan minum saya tak perlu bimbang jika menginap di sini.

Untuk pengetahuan saya memulakan perjalanan dari Jeti SyahBandar menaiki feri tepat pukul 9:00am. Jika ada yang naik flight dan tak sempat nak kejar feri pagi ni bole datang sehari awal menaiki penerbangan malam dan menginap di hotel budget SeaView Kuala terengganu. Mengapa SeaView, kerana hotel ini adalah yang paling hampir dengan Jeti Syahbandar  dan hanya mengambil masa 3-5 minit berjalan kaki ke jeti. Kadar sewa satu malam juga adalah berpatutan. Saya sampai di Pulau redang selepas 1jam 15minit di lambung ombak menaiki feri. Bagi yang mabuk laut, silalah telah ubat tahan mabuk setengah jam sebelum menaiki feri. Jika mengikut keadaan cuaca seperti yang sepatutnya, bulan April-July adalah paling sesuai utk ke sini kerana Ombak sedang-sedang elok je, jadi takde lah ekstrem sangat pengalaman menaiki feri tu. Sesampai Sahaja, saya di hidangkan dengan pemandangan yang sangat cantik. Air laut yg biru jernih hampir membuatkan airmata saya menitis.

Di atas feri transit

Gondola Redang Lagoon
Betapa indahnya ciptaan tuhan, dan betapa bertuahnya saya berpeluang menikmati keindahan tersebut sebelum ianya di cemari. Sesampai sahaja feri akan berhenti di tengah-tengah dan sebuah feri lebih kecil akan menghampiri dan semua penumpang akan di pindahkan ke feri kecil tersebut untuk di bawa ke pantai. Almaklumlah feri besar tak boleh sampai ke pantai, jadi kena transit yer... mengikut kata kakak angkat aku, dulu-dulu kena terjun je dengan kedalaman air separas pinggang , entah iya ke tidak tidak dapat lah nak di pastikan. Turun je dari feri tu, korang akan di sambut dengan staff-staff resort yang memegang kad atau plate tertulis nama resort. Jadi pergilah ikut mereka-mereka ni ikut nama resort yg telah korang tempah.Untuk Redang Lagoon, sila cari gondola yg tertulis nama Redang Lagoon dan letakkan beg korang dalam tu. Jadi tak perlu nak berjalan ke resort menggendong beg besar korang. kalau tak ramai orang, korang pun boleh naik jer atas gondola tersebut yang mana memang salah satu pengalamn yang menyeronokkan.

Jumaat, 22 Februari 2013

Ini adalah entri pertama blog saya ini. Hari pertama ber blog hari pertama meng 'create' dan hari pertama untuk entri ini. Tujuan utama tidak lain, saya adalah seorang yang suka bercuti cuti Malaysia (buat masa ini blm ke luar negara). Minat utama saya tentu sahaja pulau atau pantai-pantai yang cantik. Jadi dengan terciptanya blog ini,, boleh la saya berkongsi serba sedikit pengalaman saya sepanjang bercuti dan mungkin juga boleh berkongsi sebarang info ttg percutian dengan orang-orang yg turut meminati dunia pelancongan. Saya pernah zero ttg pergi bercuti ni, jadi blog lah tmpt saya buat research atau survey ttg tempat yang nak saya tujui. Jadi bila saya pula dah ada sikit-sikit pengalaman nak la saya berkongsi sikit-sikit kot-kot lah boleh bantu org-org seperti saya yg mula-mula dulu tak tahu nak mula dari mana. Semoga niat murni ini di berkati, insyallah...